Sunday, 12 July 2015

GDM (Kencing manis ketika mengandung) - petua mengurangkannya.


So, result gula dah pun keluar. Sekarang diumumkan yang sis memang ada GDM. Tabiat minum teh tarik, makan ais krim malam-malam, dan kuat minum air bergula dah tunjukkan kesan.

Nurse mintak control pemakanan untuk kurangkan kadar gula dalam darah kalau tak nanti kena inject insulin.

Gigihla sis google ada tak petua atau cara secara natural untuk turunkan gula, tapi kebanyakan result adalah iklan untuk produk shaklee. Sis kurang sikit nak ambik supplement ni sebab kakak tak bagi. Banyak kes dia handle b'kaitan supplement S ni.

Bila dah tak jumpa, sis usaha jugak tanya pada orang-orang lama dan ada pengalaman. Dan alhamdulillah buat masa sekarang result dia sangat memuaskan.

1) tukar beras
Sis tukar dari beras biasa pergi ke beras faiza herbaponi taj mahal untuk pesakit diabetes. Ala, beras yang takde kanji tu. Mahal sikit la, rasa pun tak sedap. Yang paling tak best, bila makan memang takde rasa kenyang. Tapi sis ambik side dish lain yang kurang kandungan gula.

2) stop makan kurma
Walaupun kurma ni makanan sunnah, tapi tak dinafikan kandungan gula dia tinggi. Siapa yang belum ada GDM boleh makan tapi kuantiti tu kurangkan dan macam sis yang dah sah ada GDM ni, sis terus tolak kurma ni. Sebab doktor cakap sis ambik kurma banyak sangat time awal mengandung ni.

3) pucuk kari
Yang ni makcik sebelah rumah yang ajar. Makan pucuk kari mentah buat jadi ulam. Jangan ambik yang dah warna hijau pekat tu. Susah nak kunyah dan telan. Ambik pucuk yang warna still merah-merah dan daun kecik-kecik lagi. Amalkan hari-hari waktu makan.

4) ulam pegaga
Yang ni pun petua orang tua jugak. Hari tu husband cakap buat jus pegaga. Tapi sis sebelum makan memang akan Google dulu. Memang betul amalkan jus pegaga (ada cara masak tau, bukan main blender je) boleh turunkan gula, tapi dia boleh jugak kecutkan rahim. Bila libatkan rahim ni sis terus tak berani sebab rasanya kecutkan rahim ni untuk orang berpantang lepas bersalin. So sis just makan buat ulam macam biasa.

5) teh hijau
Beli yang biasa je. Tak payah yang mahal-mahal. Sis beli boh je. Harga dalam rm10.20. Jangan gegatal pegi tambah gula pulak. Nanti sia-sia je minum. Sis buat sejuk-sejuk letak air batu. Rasa dia teruk jugak tapi tahan je la. Minum sekali sehari je.

6) minum air masak
Stop minuman bergula. Minum air masak sebanyak-banyaknya.

Tu je yang sis amalkan buat masa sekarang. Alhamdulillah paling tinggi gula time check dulu pun dalam 5 lebih je. Tapi sebab dah sah ada GDM waktu minum air gula hari tu, sis still kena cucuk  4 kali sehari ( sebulan sekali) sampai bersalin nanti.

For GDM mommies, stay strong. We can do it!!

Love,
Pn. Nurul

Friday, 3 July 2015

Mengandung vs berat badan

Assalamualaikum

Hari tu pergi klinik untuk check up. Macam biasa la, pergi kencing, ambik bp, dan timbang berat.

"Banyak nya naik berat ni. Bulan lepas 52.5, bulan ni dah 55.5. Patut kandungan bawah 20 minggu, awak naik 500g je. Ni sampai 3kg awak sapu"

Maka bermulalah episod kerisauan berat badan naik mencanak-canak.

Bukan sebab apa, awal-awal mengandung, mabuk memang teruk. Berat badan jatuh mendadak ke 48kg dari awalnya 50kg. Nak dekat 4 bulan jugak macam tu. Jadi, bila mabuk dah habis, sesi balas dendam pun bermula. Asal perut lapar je, mesti kena makan.

1 perkara yang dirisaukan dengan berat badan naik mendadak ni adalah risiko kencing manis. Bila kencing manis ni nanti, baby akan jadi besar dan risiko kena bedah waktu bersalin tinggi.

So, gigihlah bercerita dengan suami sepupu sis yang memang doktor pakar dalam bidang ibu mengandung dan kanak-kanak ni. Tapi dia senyum je.

"Biasa la tu berat naik"

Penerangan dia:

Jadi untuk orang yang BMI normal ketika awal mengandung, kenaikan berat badan yang sihat maksimum adalah 16kg.

Sebab apa?

Separuh daripadanya akan keluar waktu bersalin nanti, dan lagi separuh inshaa Allah akan hilang melalui pantang dan diet yang betul, breast feeding, dan lain-lain.

Alhamdulillah, tenang sikit bila tau ni. Keputusan gula pun alhamdulillah ok. Target weight gain adalah 15kg. So far sekarang baru 55.5kg, jadi lepas ni naik dalam 2.3kg sahaja. Kalau dapat la kan.

Inshaa Allah

Semoga post ni membantu mommies yang ada kerisauan yang sama dengan sis. Happy Saturday!!

Love,
Puan Nurul
Fabulous mommy to be :)

Thursday, 2 July 2015

Tips bijak lampin pakai buang

Assalamualaikum.
Hi dear mommies
Tips pertama: lampin pakai buang @ pampers.

Waktu mula-mula disahkan mengandung tips pertama yang sis dapat is berkaitan lampin pakai buang/pampers ni la. Tips ni kakak sis yang bagi. Dia doktor klinik kesihatan keluarga kat Kemaman. So banyak kes berkaitan masalah kulit bayi yang dia dah uruskan. Tips yang dia bagi pun sebenarnya sangat berguna economically

Ready??

Untuk bayi yang baru lahir (new born) jangan ajar pakai pampers yang mahal terus. Cuba cari pampers yang paling murah anda jumpa.

"Kenapa pulak? Dengan anak pun nak berkira?"

Mommies, ni bukan isu berkira ye. Siapa tak sayang anak kan. Saya explain reason nya ok.

Kulit bayi adalah kulit yang paling sensitif sekali. Salah  material kulit boleh naik ruam. Tapi untuk bayi yang belum lahir, kita belum tau pun macam mana dengan kulit dia. Sensitif ke x, ok ke x, tu semua takde tunjuk waktu scan.

Kenapa pampers paling murah yang disarankan sebagai permulaan adalah sebab, bila bayi kita tak tahan dengan pampers yang kita guna, doktor akan cadangkan untuk cuba pampers yang harga dia 1 level lebih tinggi dari yang digunakan sekarang.

Contoh:
Pakai jenama x 2 3 kali, kulit anak naik ruam. Harga pampers X lebih kurang RM30, jadi doktor akan minta anda cari pampers yang harga RM30.10 untuk anda cuba. Kalau ok, maintain je pakai tu. Kalau tak ok lagi, cari la yang harga RM30.20 pula untuk dicuba.

Doktor tak akan suruh anda cuba pampers yang lagi murah daripada tu sebab anda dah set high bar pada kulit bayi dan kalau cuba pun mungkin akan jadi membazir.

Sebab tu kalau beli pampers untuk new born, beli pek yang paling kecil. Jangan terus taram sampai 3 pek besar. Cuba dulu pakai tengok macam mana penerimaan dia. Kalau ok, good for you, kalau tak, jangan give up, keep trying.

Bila dah tahu macam tu, sis cari yang paling murah. Kakak sis cakap beli yang cap ayam je dulu. Tapi sebab malas nak survey kedai cari yang paling murah, sis cari online.

Hasilnya:


Ni brand dia BOSOMI. Pampers dari Korea. Sis jumpa orang yang jual ni dalam Mudah.my. harga sis dapat RM28 untuk 80 keping. So sekeping tak sampai pun 40sen. Ni paling rendah la sebab ada sis baca, harga pampers murah cap tesco pun jatuh lebih 40sen sekeping. Ciri-ciri pampers ni pun tersangat ok.

1) pampers jualan terbaik Korea
2) 100% cotton
3) ada penunjuk kebasahan ( line kuning kalau kering, biru bila basah)
4) ada testimoni cakap kualiti setanding pet pet (mommy ni dulu pet pet user tapi sebab mahal sangat so try bosomi dan dia puas hati. Anak dia dah besar so kulit dah tak sensitif so takde masalah untuk try pampers lain)

Sebelum beli, sis try google dan study sikit testimoni orang yang pernah try. Bila dah puas hati, terus bank in duit dan beli. Yang ni kalau anak tak sesuai pakai pun takde la terasa sangat kan. Tapi 1 je, BOSOMI ni takde packaging kecik untuk newborn. 80 keping tu la yang paling standard.

Kakak sis pun ada cakap, kadang-kadang-kadang ruam naik bukan sebab pampers tapi sebab salah cara guna pampers.

Pernah tengok tak orang nak pakaikan pampers sebelum tu letak bedak? Konon nya nak bagi kering. Bila baby kencing apa jadi? Bedak akan serap air kencing dan akan marinate dengan kulit baby. Kalau lambat tukar, lagi lama la kulit baby berperap dengan air kencing. Kita yang pakai baju basah pun boleh gatal-gatal bayangkan kalau baby yang berperap dengan air kencing macam tu.

"So nak buat macam mana ni?"

Gunalah bahan yang tak serap air contohnye MINYAK. Well, baby oil kan ada. Guna yang tu sapu pada anak sebelum pakai pampers. Air kan tak boleh telus minyak. Jangan pulak dah sapu minyak, sapu pulak bedak. Last-last dia jadi macam kes yang pertama tadi. Bedak boleh letak atas badan anak, baru wangi orang nak cium.

Sekian perkongsian hari ni. Harap tips ni berguna terutamanya first mommy macam sis. Kita blur sebab tak pernah lalui situasi ni dan hasilnya kita pilih yang paling mahal dan paling popular. Kalau rezeki anak takde masalah ok la. Kalau tak, jadi benda membazir nanti.

P/S: setiap anak lain-lain. Mungkin tips ni menjadi untuk sesetengah sahaja dan mungkin sesetengah lagi tak. Love to hear from experienced mommies about this. Let's share it in the comment so that we all can learn.

Love:
Puan Nurul
Mommy to be :)

Sharing is caring


Assalamualaikum                                                                              
Selamat datang!!!

Kadang-kadang susahkan nak cari info, tips, atau ilmu tentang hal-hal keibuan ni   Terutamanya new mummy( angkat tangan sendiri)        

Google la tempat yang selalu kita guna untuk dapatkan maklumat tapi,sadis jugak, bila nak cari info, ada jawapan tak menepati citarasa kita ( i admit that is me. Cari dalam bahasa selalu keluar yang indonesia artikel punya. Cari dalam english kadang-kadang solution nya tak applicable)                                                                  

Tapi nasib baik ada doktor dalam keluarga, so diorang ada share tips2 dan cerita2 berdasarkan pengalaman dan ilmu yang mereka ada, dan ada yang memang sangat rare.  Ada juga yang diambil dari pengalaman kawan-kawan sendiri.                                          

Semuanya akan dikongsi di sini. Kalau ada yang mungkin salah atau karut atau berbeza dengan pengalaman anda sendiri, lets discuss about it


Shall we begin?